Monday, May 28, 2012

Menu Sihat Dengan Buah Belimbing



Khasiat Buah Belimbing



Buah belimbing besi  ini dipanggil Averrhoa Carambola dalam bahasa Latin. Buah belimbing besi ini dikatakan berasal daripada Sri Lanka dan juga dikepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing besi ini juga terdapat dalam dua jenis iaitu belimbing besi yang mempunyai rasa manis (Averrhoa Carambola) dan juga belimbing sayur ia dipanggil belimbing buluh (Averrhoa Bilimbi). Buah belimbing besi yang dipercayai mempunyai rasa yang cukup manis ini juga dikatakan mengandungi sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.


Dalam bahasa Inggeris buah ini dipanggil sebagai starfruit ini kerana bentuknya yang sama seperti bintang apabila dihiris melintang. Dengan rasanya yang cukup manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang boleh membangkitkan selera. Buah belimbing besi ini juga mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi. Belimbing yang masih muda berwarna hijau muda dan akan berubah warna kekuningan apabila ianya sudah tua atau sudah masak. Buah belimbing besi ini dikenali dengan cirri-cirinya yang berbentuk besar, warnanya yang menarik, seratnya yang halus, dan sangat bersari dan rasanya yang sangat manis dan segar.
Kajian Klinikal di School of Pharmaceutical Scienses, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan beberapa kajian, dan telah membuktikan bahawa buah belimbing mampu mengurangkan tekanan darah. Kajian saintifik juga telah menunjukkan bahawa buah belimbing berbentuk bintang ini juga mempunyai khasiat perubatan selain dari kaya dengan vitamin.
Pokok buah belimbing besi ini dikatakan dapat berbunga atau berbuah sepanjang tahun, ianya sama juga seperti buah belimbing buluh. Buah belimbing buluh pula mempunyai rasa yang masam dan ianya digunakan untuk masakan, ianya untuk memberi rasa asam pada makanan.

Buah belimbing besi ini kebiasaanya dimakan segar, tetapi ada juga sebahagianya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman kordial, jus, jem, gula-gula buah, sos biah, buah kering, hirisan untuk dicampurkan dalam sirap atau jus, halwa dan pelbagai lagi. Buah belimbing yang masih muda juga boleh dijadikan sebagai jeruk, disamping itu ia adalah sumber nutrisi yang baik. Buah berlimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan dan juga dijadikan terapi untuk pelbagai penyakit, antaranya ialah, menurunkan tekanan darah tinggi, antioksida, antikanser, melancarkan pencernaan, menurunkan  tahap kolesterol, dan juga membersihkan usus. Pada dinding sel belimbing terdapat pectin yang merupakan bahan pembentukan gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh untuk menurunkan kolesterol. Dalam hal ini pectin mampu mengikat kolesterol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluaranya.
Satu kajian makmal menunjukkan jus belimbing yang diberikan kepada tikus semasa kajian,tekanan darah binatang tersebut telah turun diikuti kenaikan, kemudian menurun semula dengan pelahan. Dengan itu, pengkaji telah membuktikan dengan memakan buah belimbing sekerapnya dapat membantu mereka yang mengidap tekanan darah tinggi. Buah ini dapat membantu melawan kesan pemakanan terproses yang menyumbangkan kepada kenaikan tekanan darah tinggi. Dalam kajian lain USM juga telah menunjukkan jus belimbing mempunyai sifat-sifat antibakteria seperti staphylococcus penyebab beberapa penyakit seperti indigesi dan masalah kulit.


Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar berada dalam keadaan yang normal. Penghidap tekanan darah tinggi juga boleh minum air parutan buah belimbing setiap dua kali sehari. Buah belimbing yang cukup dan setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya lebih kurang dalam satu gelas, dan diminum setiap hari diwaktu pagi selama sebulan. Ianya dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah tinggi dan akan menjadikan ianya normal apabila seseorang itu rajin memgamalkan minum air belimbing. Tetapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah dikeringkan digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata. Di Negara Brazil pula pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat Negara itu juga percaya bahawa buah tersebut baik untuk pesakit eczema. Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing sangat bagus diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala.

 Buah belimbing besi juga menpunyai vitamin A yang tinggi diantara buah-buahan tempatan Malaysia. Dalam seriap 100g mempunyai 155mcg vitamin A. Ia juga mengandungi vitamin B (thiamine, riboflavin), mineral kalsium dan juga zat besi. Protein, lemak dan karbohirat juga ada dalam bilangan yang kecil.







Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Menu Sihat Dengan Buat Betik



Khasiat Buah Betik


Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya, ianya tergolong dalam keluarga Caricaceae. Buah betik adalah sejenis tumbuhan semula jadi tropika Amerika tapi sekarang telah banyak ditanam di Negara-negara tropika dan sub-tropika dunia. Betik adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.
Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat, ia boleh membesar sehingga 8 inci panjangnya. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning-kuning oren. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi buah betik rasanya sangat manis, dan aromanya seharum kasturi. Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh menjadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik yang banyak didalam badan.

Buah betik kaya dengan vitamin A, vitamin C, kalium, magnesium yang sangat tinggi. Selain itu buah ini juga kaya kalsium, karotena, flavonoid,  Zat besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Kandungan jumlah kalorinya juga sangat rendah. Kesemua nutrient yang terdapat di dalam sebiji buah betik berfungsi untuk memecahkan serat sisa makanan sehingga mudah untuk membuang air besar, dan juga dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung strok.
Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau,  betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang menyerang kandung hempedu. Ianya telah ditemukan oleh Pakar pemakanan dari Universiti of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko penghidap penyakit kandung hempedu adalah tinggi.
Walaupun sumber vitamin C boleh diperolehi daripada pelbagai jenis biah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamain C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, dan ianya sangat baik untuk diamalkan oleh kaum perempuan.
Pucuk buah betik atau daun muda selalunya direbus dan ianya boleh dijadikan ulam. Pucuk betik ini mempunyai banyak khasiat, antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migraine disamping boleh melangsingkan badan. Pucuk betik ini mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.

Manakala bunga betik pula selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, ianya juga boleh direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan bersaiz lebih kecil daripada bunga betik betina. Walau bagaimanapun,  Cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah. Jika anda menanam pokok betik dan merasa hairan mengapa ianya tidak berbuah walaupun banyak mengeluarkan bunga, ianya adalah pokok betik jantan.
Daun betik yang dilayukan di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, tumbuk lumat daun dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis, kemudiam minum air perahan daun muda itu, ianya dapat membantu sakit sendi itu. Manakala daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Jika meminum jus daun betik itu platelet pesakit denngi akan segera bertambah.
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak.  Ambil segenggam biji betik dan tumbuk sehingga hancur kemudian direbus dan bagi minum pada kanak-kanak tersebut, tetapi ianya tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

Pokok buah betik ini juga mempunyai getah, dan getah daripada daun, buah atau pun batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah, hanya sapukan getah tersebut di bahagian yang berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan balutkan tempat tersebut, ianya dapat menghentikan pendarahan.





Berikut adalah khasiat betik : -


  • Membantu penghadaman.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Membantu ketidak selesaan perut.
  • Membantu mengeluarkan angin dalam badan.
  • Merawat masalah kulit.
  • Masalah jerawat.
  • Anti penuaan.
  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Mencegah kanser
  • Membantu masalah jantung.







Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Menu Sihat - Mahkota Dewa



Khasiat Buah Mahkota Dewa



Buah mahkota dewa atau nama saintifiknya Phaleria macrocarpa. Buah ini berasal daripada Papua/Irian Jaya, Indonesia. Pokok ini biasanya ditanam di halaman rumah, saiz pokok ini tidak terlalu besar dan tinggi ianya hanya mencapai hingga 3 meter. Buah mahkota dewa ini tumbuh pada batang dan cabang-cabang pokok dengan batang yang sangat pendek. Buah ini Nampak seperti melekat pada batang atau ranting pokok.
Buah mahkota dewa ini dipercayai mempunyai banyak khasiatnya. Buah ini boleh mengubati pelbagai penyakit, seperti gatal, diabetis, hepatitis, jantung, gout, kanser dan berbagai lagi penyakit yang lain.


Zat yang terkandung dalam buah mahkota dewa adalah seperti alkaloid, saponin, flavonoid, dan polifenol. Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun dalam tubuh badan. Saponin bermanfaat sebagai sumber anti-bakteria dan anti-virus, meningkatkan sistem imun tubuh, mengurangkan kadar gula dalam darah, mengurangkan penggumpulan darah. Flavonoid yang terkandung dalam mahkota dewa pula mampu melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta  mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan. Bagi polyphenol mahkota dewa pula berfungsi sebagai anti-histamin ( alergi).




Antara Khasiat Buah Mahkota Dewa :-

  • Mengurangkan kolesterol dan berat badan.
  • Mencegah pertumbuhan sel kanser (Anti-kanser).
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Merawat sakit sendi.
  • Mencegah sakit jantung.
  • Mencegah dan merawat penyakit Arthritis Gout.
  • Membantu menambah tenaga batin.
  • Mencegah penyakit gastric.
  • Mencegah sakit pinggang.
  • Meneutralkan toksik dalam darah.
  • Mencuci buah pinggang dan salur darah.
  • Mencegah dan merawat penyakit kencing manis.
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap selsema.
  • Diperkaya dengan vitamin C, Kalsium, Magnesium & Potassium.










Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Menu Sihat - Buah Naga ( Dragon Fruit)



Khasiat Buah Naga



Buah naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus, buah ini  berbetuk ganjil dan kulitnya yang berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga atau dalam bahasa Inggeris (dragon fruit). Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia. Walaupun ianya berasal daripada Amerika Selatan. Buah naga yang sudah masak atau pun matang ia mempunyai berat yang lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih  satu kilogram.
Buah naga ini mempunyai isi yang berwarna putih, merah atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula sama seperti buah kiwi. Buah naga ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan menjadikan buah naga ini amat sesuai dijadikan ramuan salad buah-buahan. Buah naga yang berwarna putih lebih mudah untuk didapati dipasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah naga yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiatnya. Secara amnya , pakar berpendapat dan mengakui buah naga ini kaya dengan potassium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan.

Kajian menunjukkan buah naga merah sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga member tindak balas yang memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin dalam darah. Selain itu, ia boleh mencegah kanser usus, mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa yang sama boleh menurunkan kadar lemak dalam badan.
Secara keseluruhannya, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu menjaga kesihatan jantung. Serat, yang boleh mengawal kanser usus, kencing manis dan diet, karotin kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit, kalsium menguatkan tulang, dan fosferus yang membolehkan pertumbuhan tisu badan.
Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 adalah untuk mengawal kepanasan badan, vitamin B2 untuk menambah selera makan, vitamin B3 untuk menurunkan kadar kolesterol dan vitamin C untuk menambahkan kelicinan dan kehalusan kulit serta mencegah pertumbuhan jerawat.
Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di Negara ini  AL Leong. Buah kaktus madu ini cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolism dalam badan manusia.

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok. Buah naga ini juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut oleh kerana rasanya yang begitu lazat.
Buah naga ini juga bukan sahaja ia boleh dimakan begitu sahaja, tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai jus, jem dan ade juga yang menjadikannya sebagai wain merah daripada buah naga ini. Pada masa yang sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau pun tulang. Bunga buah naga ini pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga. Pokok bunga naga ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus ia menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan. Debunga bunga naga ini juga dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia.

Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad dan ulam, ianya boleh digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup. Ianya dikatakan terbukti berkesan untuk membuang toksin dalam badan dan mencuci perut. Di Amerika Selatan, dahan buah naga ini dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia memang terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan.
Pada masa buah naga atau nama saintifiknya ‘ Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum cina yang menggelarnya ‘ Paw Wang Fa Kor’. Kelebihan pokok buah nafa ini ialah ianya tahan lasak, termasuklah tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangan tidak perlu digunakan ketika penanaman. Seperti yang kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangan adalah makanan yang terbaik untuk kesihatan kita.

















Fungsi Buah Naga :-


    §    Meningkatkan daya ketahanan.
    §       Mengurangkan metabolisme badan.
    §           Membantu sistem penghadaman dan peredaran darah.
    §           Mengurangkan tekanan emosi.
    §           Meneutralkan toksik dalam darah.
    §       Mencegah kanser usus. 
    §           Mencegah kandung kolesterol tinggi.
    §       Menurunkan kadar lemak.








    Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Menu Sihat - Buah Tomato



Khasiat Tomato



Tomato sejenis buah yang berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun tidak semua orang menggemarinya. Tahukan anda buah tomato ini mengandungi pelbagai khasiat tersendir, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?
Tomato atau nama saintifiknya Lycopersicon esculentum. Sama ada ianya dimakan begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
Tomato juga kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan kita. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potassium, kalsium dan mineral garam. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi kandungan likopena dalam buah tomato ini juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, dan juga penyakit yang mengerikan seperti kanser. Ianya sesuai untuk semua jenis kanser.


Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat antioksidan secara semulajadi yang baik untuk kesihatan badan. Hasil dari kajian pakar penyelidikan di Amerika Syarikat juga telah mengesahkan bahawa  kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan juga jus tomato.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan ia juga boleh merawat penyakit kulit. Ia juga mengandungi elemen penyejuk yang mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.






Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato:

1. Mencerahkan Kulit.

Mampu untuk membuat kulit nammpak segar kemerahan dan berseri terutamanya dibahagian muka. Menghilangkan raut kulit yang pudar.

2. Kulit Muka Berminyak.

Gosokkan tomato masak yang telah dipotong ke atas kulit muka selama beberapa minit. Biarkan jus tomato itu dikulit muka selama 15 minit. Bersihkan dengan air sejuk sahaja. Amalkan 2 kali sehari sahaja. Kulit muka berminyak tiada lagi.

3. Jangkitan Pada Kulit Muka.

Gatal dan kemerahan di kulit muka. Kaedahnya sama sahaja. Potong buah tomato dan gosok dengan lembut secara bulatan di muka. Jus tomato mempunyai unsur asid yang mampu menyeimbangkan pH kulit.

4. Menutup Pori-Pori Kulit.

Gosokkan jus tomato ke seluruh kulit muka sebelum tidur, biarkan semalaman. Cuci lah keesokan paginya. Amalkan sebegitu.

5. Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang..

6. Menghilangkan Bintik Hitam.

7. Pulihkan Hitam Panahan Matahari

8. Tegangkan Kulit

9. Menyejukkan kulit yang rosak.

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.Gabungan tomato dan yogurt mampu menyenjukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat sinaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

10. Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.


11. Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

12. Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit


Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida?berikut  ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita:-


v Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
v Melancarkan perjalanan darah.
v Menghalang pembengkakan dan keradangan.
v Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindungan kepada alahan.
v Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.












Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Menu Sihat - Buah Kiwi



Khasiat buah kiwi



Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan bahawa buah kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrient daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna kita akan memperolehi lebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan khasiat buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren,lebih banyak potassium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijiran kepingan sekam. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijiran.
Pengurus Sains Kesihatan Zespri Internasional Limited, Lynley Drummond, berkata pengambilan makanan member kesan terhadap kesihatan keseluruhan tubuh dan rata masyarakat disaran memakan lebih banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran kerana kandungannya padat dengana nutrient yang sangat bermanfaat.


Menurut kajian buah kiwi Zespri ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain ia dapat mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel. Kajian itu juga memdapati dalam buah kiwi hijau dan kuning Zespri menyediakan banyak khasiat antaranya meningkatkan tahap imunisasi semulajadi dalam badan selain bertindak balas dengan cepat terhadap selesema dan penyakit lain. Buah kiwi kuning dan hijau ini juga dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit  untuk jangka masa yang panjang seperti radang sendi, kanser, penyakit jantung,kencing manis dan juga masalah berat badan. Ianya juga dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampi melindungi serangan kanser yang berkaitan dengan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan.
Buah kiwi ini juga sarat dengan phytonutrients yang sangat baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols, sebagai antioksidan dalam tubuh enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata. 


Perbezaan Antara Buah Kiwi EMAS Dan Kiwi HIJAU?






Buah kiwi hijau dan emas mempunyai perbezaan, terutamanya adalah dari segi rasa. Buah kiwi HIJAU mempunyai rasa yang sangat masam dan kelat, manakala buah kiwi EMAS pula berasa cukup masak dan tropika, gabungan rasa buah mangga,tembikai dan juga sitrus. Orang yang mendapati buah kiwi HIJAU terlalu kelat kebiasaanya akak menyukai buah kiwi EMAS. Perbezaan lain pula ialah warnanya EMAS dan bukan HIJAU, dan ianya berbentuk lonjong dengan kulitnya yang licin dan mempunyai mahkota di atasnya. 

Dan seperkara lagi yang anda perlu tahu buah kiwi HIJAU perlu menungu beberapa hari lagi untuk ianya masak, tetapi tidak pada buah kiwi EMAS, ianya sedia dimakan pada bila-bila masa sahaja.



Khasiat dan manfaat buah kiwi HIJAU dan EMAS :

Kedua-duanya padat gengan khasiat nutrisi, dan hampir sama dari segi manfaatnya. Perbezaannya adalah dari segi “hebat” dan “sangat hebat”. Contohnya, satu hidangan buah kiwi EMAS mempunyai lebih daripada 300% vitamin C saranan RDA, tetapi buah kiwi HIJAU pula mempunyai lebih daripada 200%, kedua-duanya adalah sumber yang baik untuk vitamin ini yang berperanan memastikan kesihatan anda dan memastikan anda penuh bertenaga.

  • Asid folik. Semua orang perlukan asid folik malah sumber semula jadi asid folik diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi serta pembangunan otak dan kognitif pada kanak-kanak.
  • Vitamin E. Jarang makanan rendah lemak apatah lagi buah-buahan menjadi sumber yang baik untuk vitamin E (baik untuk kesihatan jantung dan ciri antioksidan) tetapi kiwi adalah sumber semula jadi rendah lemak yang kaya dengan vitamin ini.
  • Kalium. Kadar kandungannya sama dengan pisang tetapi hanya mengandungi separuh daripada kalori. Baik untuk menyenggarakan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Vitamin C. Kandungan vitamin C dalam buah ini dua kali ganda berbanding oren. Vitamin C membantu untuk melindungi diri daripada kerosakan akibat radikal bebas terhadap sel dan tisu malah vitamin itu juga membantu dalam penyerapan zat besi.
  • Membantu untuk memulihkan fungsi sistem ketahanan tubuh.
  • Rendah kalori. Sebiji kiwi bersaiz sederhana menyediakan 65 kalori memandangkan 90 peratus daripada beratnya terdiri daripada air.
  • Magnesium. Sumber yang baik untuk magnesium yang membantu untuk membentuk dan      menguatkan tulang, merehatkan otot dan saraf serta melancarkan peredaran darah.




Sumber petikan daripada  : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Menu Sihat - Buah Acai Berry



Khasiat buah Acai berry



Pernahkah anda mendengar tentang buah Acai berry? Buah Acai berry berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia.

Buah berwarna purple gelap ini didapati mengandungi antioksida yang tinggi - malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di dunia.

Antioksida membantu kita membuang toksin di dalam badan yang menyebabkan banyak penyakit. Acai beri juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.
Kajian mendapati khasiat buah Acai berry mampu diserap oleh badan manusia. Malah, satu kajian makmal menunjukkan antioksida di dalam Acai berry mampu memusnahkan sel-sel kanser. Walau kajian awal menunjukkan keputusan memberangsangkan, saintis berpendapat masih banyak kajian perlu dijalankan terhadap buah Acai berry untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut khasiat yang ada padanya.

Acai berry adalah buah yang amat baik untuk kesihatan. Tetapi, ia banyak dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging. Walaupun Acai berry dapat membantu kedua-dua ini, ia adalah disebabkan Acai berry mampu menolong memperbaiki kesihatan badan. Ini tidak hairan kerana berat badan ideal dan kekal muda kedua-duanya adalah kesan badan yang sihat. 
Walaupun begitu, perlu diingatkan buah Acai berry amat senang rosak dan perlu diproses di dalam masa 24 jam selepas dipetik. Hanya cara memproses yang dikenali sebagai freeze drying mampu mengekalkan khasiatnya. Khasiatnya pula banyak terdapat di kulit dan bukan bijinya. Oleh itu, jika anda berminat mengamalkan Acai berry, anda perlu berhati-hati memilih produk yang baik. Banyak produk, walaupun ditawarkan pada harga murah, tidak dijaga kualitinya. Jangan membuang duit membeli produk-produk begini kerana ia tidak akan memberi khasiat pada badan anda.





ADA 5 SEBAB-SEBAB UTAMA ACAI BERRY BERKESAN DIET DENGAN HAYAT ACAI BERRY
  • Acai berry berkesan menyekat selera anda, supaya anda kurang makan. Ini membuatkan berat badan anda lebih cepat menurun.
  • Acai berry membuatkan anda berasa kenyang sehingga anda kurang berfikir tentang makan, dan ini membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Acai berry mempercepatkan metabolisma anda supaya membakar lebih banyak kalori dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
  • Acai berry membantu membuang toksin yang terkumpul di dalam kolon anda (tidak terbuang dengan sempurna). Ini sahaja boleh membantu anda kehilangan berat badan dengan cepat.
  • Acai berry meningkatkan tahap tenaga anda, tenaga yang anda miliki akan memberikan anda lebih aktif dan ini membantu lebih banyak kalori anda yang akan terbakar.








Kelebihan buah Acai berry

Buah Acai, padat dengan antioksida dan nutrien yang terbukti untuk diserap oleh badan manusia, membawa banyak manfaat yang berpotensi untuk badan dan kesihatan kita. Walaupun pendatang baru dalam industri makanan super, kajian-kajian permulaan kecil pada buah Acai sudah menampakkan kejayaan awal. Manfaat ini yang berkaitan dengan buah Acai, bagaimanapun, berdasarkan apa yang dikenali nutrien yang boleh didapati dalam buah Acai.
Fungsi Buah Acai Berry :
Tenaga  dan stamina penggalak
   1     Fungsi Acai Berry sebagai penggalak tenaga dan stamina dikenali dikalangan atlet. Buah Acai Berry digunakan oleh Jiu-jitsu lagenda pejuang Carlos dan Royce Gracie dan juara dunia Surfer Kelly Slater , setiap dari atlet ini sangat mengesyorkan Acai berry ini berkhasiat  untuk penyediaan latihan.
Penyakit pencegahan
   2   Berikutan penyelidikan perubatan, antioksidan telah didapati mempunyai pengaruh yang positif  dalam mencegah Alzheimer, Parkinson, Artritis Reumatoid dan lain-lain penyakit neurodegenerative.
Memperkukuhkan sistem imun
   3   Sistem imun kita adalah penting untuk melindungi badan kita terhadap penyakit, virus, bacteria dan parasit. Tanpa mereka, yang paling ringan selesema atau jangkitan boleh menjadi berbahaya kepada badan kita. Dengan Acai berry, dengan mensinergikan kesan antioksidan dan nutrient yang betul, radikal bebas yang berbahaya boleh dikurangkan, seterusnya mencegah kerosakan sel daripada berlaku dan mengukuhkan sistem imun kita.
Sokongan pada perut
   4   Buah Acai Berry mengandungi serat yang sangat tinggi sehingga mencapai peruntukan serat harian anda lebih mudah. Oleh itu, selain daripada khasiat kesihatan yang berprotensi yang lain, Acai berry boleh membantu fungsi sistem penghadaman anda.
Amazon Rainforest Viagra?
   5   Ini mungkin antara yang paling popular bagi khasiat Acai Berry dipasarkan. Buah Acai Berry merupakan tinggi antioksidan dan nutrien, tetapi untuk menyamakan Acai Berry kapada Viagra adalah keterlaluan. Acai Berry tidak menjejaskan tubuh anda seperti Viagra dan setakat ini tidak ada lagi kajian telah menunjukkan bahawa Acai berry adalah bersamaan dengan Viagra.

Tidak seperti Viagra yang bertindak dengan mengembangkan saluran darah pada organ kemaluan seseorang lelaki, tidak ada sebab untuk mempercayai Acai Berry berbuat sama.

Walau bagaimanapun, sebagai buah yang berkhasiat, Acai yang mampu membantu  ke arah badan yang sihat dan mungkin juga cinta kehidapan yang lebih baik. Selepas semua, kehidupan cinta yang sihat berpunca daripada kesihat yang hebat. Malah, Sebanyak 80% hingga 90% daripada mereka yang memerlukan bantuan Viagra mempunyai masalah kerana sebab fizikal atau kesihatan, dan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya kesihatan yang baik dalam setiap aspek kehidupan kita.

Membantu Anti-penuaan
   6   Sebagai sebuah beban buah-buahan dengan antioksidan, ia tidak menghairankan Acai Berry sering dikaitkan dengan manfaat anti-penuaan. Antioksidan dikenali untuk membantu mencegah penyakit dengan meneutralkan dan menghentikan kesan kerosakan radikal bebas atau toksin dalam badan kita. Mereka bertindak sebagai pembangkai  radikal bebas. Kesan-kesan bahaya radikal bebas yang dikenali selama berberapa dekad. Mereka itu ada kaitan dengan berapa penyakit seperti kanser, penyakit Alzheimer, penyakit hati alkohol, Athritis Rheumatoid dan komplikasi kencing manis, selain dari sebab yang penting untuk penuaan.

Terdapat beberapa jenis radikal bebas dan juga pelbagai jenis antioksidan. Jenis radikal bebas ini mempunyai kesan yang berlainan pada badan,  dan berbeza antioksidan seolah-olah mempunyai keutamaan yang berbeza untuk pelbagai jenis radikal bebas yang bertindak ke atas mereka. Yang membuat makanan tambahan antioksidan termasuk Acai Berry tambahan yang terbaik untuk diet anda tetapi tidak dalam satu penawar ajaib untuk badan manusia.









    Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/