Sunday, December 30, 2012

Menu Sihat - Khasiat Buah Nanas







Khasiat Buah Nanas





Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah  herba ( herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.


 Buah nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan  C yang tinggi.
Pokok dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Antara Manfaat nanas adalah :

   1.    Membantu  menurunkan  berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

   2.    Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

   3.    Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

   4.    Memelihara masalah buang air besar.
Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

   5.    Mengandungi enzim.
Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Monday, May 28, 2012

Hidup lebih muda dengan antioksidan!!






Sering kali kita mendengar atau melihat label perkataan antioksidan. Adakah anda semua tahu apa itu antioksidan? Apa fungsinya dan sejauh mana ia member kesan kepada tubuh badan kita??



Merujuk kepada sumber, antioksidan merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga terdapat pada kebanyakan makanan terutama buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato, brokoli, kentang, dan sayur-sayuran hijau adalah antara sumber yang kaya dengan antioksidan sama pentingnya dengan vitamin dan mineral. Beta karotin, vitamin A, C, E, koenzim Q10 ,asid lipoik, dan selenium adalah merupakan antara contoh antioksidan.

Penghadang radikal bebas
Bahan pencemaran seperti asap kenderaan dan rokok, pendedahan kepada radiasi cahaya matahari, tekanan hidup dan diet yang tinggi boleh meningkatkan radikal bebas dalam tubuh kita. Walaupun radikal bebas mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu kurang daripada sesaat, tetapi ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.
Tahukah anda semua bahawa tubuh anda diserangi oleh hamper sepuluh juta radikal bebas setiap hari? Jadi, anda kena menyingkirkannya. Mujurlah kita mempunyai sistem pertahanan untuk menangani masalah yang diakibatkan oleh radikal bebas. Secara semula jadi, tubuh kita menghasilkan antioksidan dalam bentuk enzim yang meneutralkan radikal bebas. Pun begitu kebolehan tubuh untuk membentuk antioksidan akan berkurangan apabila usia semakin lanjut.

Kuasa tumbuhan
Antioksidan terdapat secara semulajadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, herba, kekacang, biji-bijian, bunga, kulit kayu, dan juga akar. Kita sudah biasa dengan vitamin dan mineral. Tumbuhan sememangnya mengandungi banyak vitamin berfungsi sebagai antioksidan misalnya vitamin C, beta karotena dan vitamin E. Mineral yang bertindak sebagai antioksidan merangkumi selenium, zink, dan kromium. Tetapi, ramai di antara kita tidak sedar bahawa tumbuhan mengandungi banyak nutrient lain yang dikenali sebagai fitonutrien yang sebahagian besarnya bertindak sebagai  antioksidan.

Kepentingan antioksidan
Beta karotin merupakan molekul yang berubah menjadi vitamin A apabila diproses dalam badan dan ia juga adalah antioksidan yang bermanfaat untuk pengelihatan dan menangani kanser pada sel. Vitamin A dan E, adalah larut lemak dan penting untuk mata dan kulit sihat. Tanda- tanda seperti rabun malam, kulit kering, dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan. Vitamin E penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin E akan mengakibatkan anemia, iaitu penyakit pemusnahan sel darah merah yang banyak. Vitamin C, vitamin larut air yang berupaya meningkatkan sistem pertahanan badan. Vitamin C adalah antara vitamin yang diperlukan untuk perkembangan sel badan dan membantu penyerapan zat besi dalam badan. Kulit yang mudah lebam, gusi yang sering berdarah, luka yang lambat sembuh, dan mudah terkena jangkitan adalah antara tanda kekurangan vitamin C dalam badan.



Vitamin A dan E adalah lemak dan penting untuk kulit dan mata yang sihat. Tanda- tanda seperti rabun malam, kulit kering, dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan. Vitamin E penting dalam pembentukan sel darah merah.


Lambatkan proses penuaan
Oleh kerana tubuh kita sering melakukan proses metabolisme, maka timbul radikal bebas dalam tubuh dan akhirnya merosakkan sel-sel yang ada. Contohnya kesan radikal bebas akan merosakkan lemak pada membrane sel. Akibatnya, kulit akan kehilangan elastik dan berkedut. Di sinilah fungsinya antioksidan yang mana ia mampu mencegah penuaan ini.

Fungsi + sumber
Jangan salah sangka, antioksidan bukan zat tunggal, ia perlu bekerjasama dengan vitamin seperti karotinoid (sumber vitamin A), E, C dan mineral seperti magnesium dan selenium. Nutrisi ini penting untuk membantu memperbaiki sel-sel tubuh. Zat antioksidan ini boleh kita peroleh daripada makanan sehari-hari. Vitamin A banyak terdapat dalam sayuran berwarna terang seperti tomato, ubi keledek, cili merah. Selain itu, hati ayam atau kambing mengandungi vitamin A yang cukup tinggi. Semestinya kalau vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan. Buah yang paling tinggi sumber vitamin C ialah jambu. Selain itu, vitamin C juga terdapat pada sayur-sayuran dan buah berwarna kuning atau hijau seperti lada benggala hijau, kiwi, pisang, sawi, betik dan sebagainya. Kekacang almond, kacang tanah, biji bunga matahari banyak mengandungi vitamin E. Begitu juga dengan minyak jagung dan ubi. Manakala selenium banyak terdapat dalam beras merah, ikan tuna, salmon dan daging ayam tanpa kulit.





Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com



Khasiat Rozel (Roselle)


Rozel ( Roselle) atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan. Rozel dipercayai mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah anggur. Kandungan vitamin C didalam rozel dianggarkan pada 280mg pada setiap 100mg kaliks rozel yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada rozel berbanding dengan buah kismis hitam. Rozel juga mengandungi vitamin –vitamin lain seperti vitamin D,B1,B2, ia juga mengandugi magnesium, beta-carotene, Omega -3, serta anthocyanine (antioksidan). Selain itu ia juga mengandungi hamper 486mg kalsium, jumlah yang cukup banyak.


Para saintik juga percaya dengan pengambilan rozel dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia dapat menghadkan kerosakan yang akan dilakukan oleh radikal bebas kerana rozel amat kaya dengan antioksidan. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia. Ianya juga membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C,mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotic pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

 Kelopak rozel yang berwarna merah sangat kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Selain itu juga, kelopak rozel ini juga boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk, dan juga boleh dijadikan sebagai pewarna makanan.





Antara Manfaat Rozel (Roselle) :-

  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sebagai tonik.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Merawat luka luar dan dalam.
  • Merawat penyakit kulit.
  • Membantu menghaluskan kulit.
  • Memperlambatkan penuaan ( Anti penuaan)
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Antibakteria.
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing.
  • Mencegah pembentukan batu karang.
  • Mencegah masalah selesema, batuk, dan demam.
  • Merawat penyakit asma dan alergi.
  • Merawat insomnia.
  • Menstabilkan kadar gula dalam darah.
  • Mencegah tekanan darah tinggi.
  • Membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.
  • Membantu meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh.
  • Membantu memelihara mata.
  • Membantu menyimbangkan berat badan.
  • Mengurangkan panas dalam.
  • Membantu menurunkan pengumpulan lemak di hati.
  • Merawat sakit kepala / migraine.
  • Membantu memulihkan diri dari ketagihan ubat dan alcohol.
  • Menghilangkan rasa sakit sendi.
  • Membantu mencerdaskan otak pada kanak-kanak.
  • Membantu mengurangkan risiko osteoporosis.
  • Mengatasi masalah tekanan / stress.
  • Mencegah kanser (Anti kanser).
  • Membantu mencantikan kulit.
  • Antioksidan.


Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Menu Sihat Dengan Buah Mengkudu



Khasiat Buah Mengkudu


Buah mengkudu atau nama saintifiknya Morinda tinctoria ; Morinda citrifolia. Buah mengkudu ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut Negara. Contohnya seperti “Noni” (Hawaii, Polynesia); “Nono” (Tahiti); “Lada” (Guam); “Indian Mulberry” (India); “Painkiller tree” (kepulauan Caribbean); “Nhau” (Sebahagian di Asia Tenggara); “Cheesefruit” (Australia); “Bumbo” (Afrika); dan “Kura” (Fiji). Buah mengkudu bukan sahaja boleh di makan segar tetapi ianya juga boleh dijadikan sebagai jus.


Buah mengkudu juga dipercayai mengandungi bahan “xeronine”. Menurut Dr. Ralph M.Heninicke, seorang Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan satu perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau juga menemui kompoun alkaloid “proxeronine” didalam buah mengkudu secara tidak senggaja ketika beliau mengkaji enzyme “bromelian” dalam buah nenas. Beliau mendapati kandungan “proxeronine” dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat didalam buah nenas.
Beliau juga mengesahkan bahawa buah mengkudu amat bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia. Kerana buah mengkudu mengandungi zat pencetus “xeronine”  yang dipanggil sebagai “proxeronine” disamping itu terdapat enzim yang membantu “proxeronine” yang membentuk “xeronine”.








Kepentingan xeronine :

§  Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
§  Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
§  Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
§  Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
§  Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.




Buah mengkudu juga dipercayai amat baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Ianya juga baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi, serta mampu membuang angin dan juga cacing dalam perut dan sebagainya.


§  Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
§  Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
§  Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
§  Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
§  Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
§  Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
§  Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
§  Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
§  Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda.





Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com


Khasiat Kunyit Hidup




Beberapa kajian telah dijalankan, dan ianya menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ angin didalam perut. Kunyit juga boleh disapukan dengan minyak, kerana ianya dapat membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh dijadikan sebagai tonik apabila ianya dicampurkan dengan manisan dan juga minyak bijan, kerana ia dapat membantu masalah haid yang tidak menentu dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan dengan air juga boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit sendi, lutut, sendi dan ruam.


Tumbuhan ini bukan sahaja ditanam diladang, kebun tetapi ianya juga amat sesuai ditanam desekeliling rumah. Kunyit hidup mempunyai banyak khasiatnya berbanding dengan kunyit serbuk, kerana ianya mungkin telah dicampurkan dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan.
Di negara-negara Timur, kunyit digunakan sebagai pengganti saffron dan warna kuning(digunakan sewaktu menggoreng ikan dan ayam) dan sebagai ubat di negara seperti China, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ia ditanam dan boleh didapati tumbuh meliar di merata tempat. Kunyit (Cucurma domestica) adalah tumbuhan yang tumbuh sepanjang tahun. Menurut WHO, kunyit merupakan tumbuhan ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia.
Dalam perubatan kunyit hidup ini digunakan sebagai antioksidan, antiradang, antibakteria dan juga antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka didalam badan, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, terseliuh anggota badan dan juga kudis.

Kunyit juga dikatakan mempunyai kuasa penawar alami kerana kandungan antioksidannya yang tinggi, antaranya ialah vitamin C, vitamin E dan juga karotenoid ( carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Curcumin ini adalah antioksidan yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri yang dinamakan atherosclerosis, antaranya penyebab utama serangan jantung.
Kunyit juga dapat mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘ bile’. Ia juga dapat menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).


Berikut adalah manfaat Kunyit Hidup : -
Kunyit adalah salah satu herba yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan yang telah menjadi amalan terutamanya kaum Melayu dan India.

Kunyit padat dengan nutrien menjadikannya antioksidan yang lebih kuat untuk kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran .

Antioksidan adalah nutrien utama dalam menjaga kesihatan yang:
§  Menyokong fungsi ingatan 
§  Meningkatkan kesihatan jantung
§  Meningkatkan sistem imun
§  Dan secara keseluruhan, membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas .

Kandungan antioksidan kunyit datang dari sebatian aktif yang dipanggil curcuminoids, yang mengandungi antioksidan yang:
§  5 hingga 8 kali lebih kuat daripada vitamin E, juga lebih kuat daripada vitamin C
§  3 kali lebih berkuasa daripada biji anggur atau ekstrak kulit kayu pain
§  Cukup kuat untuk memusnahkan oksidan yang paling aktif iaitu radikal hidroksil

Selain dari kepadatan nutrien untuk kesihatan, ianya juga berkalori rendah dan termogenik semula jadi dalam kunyit meningkatkan tahap kesihatan metabolisme anda, ia membantu anda membakar kalori. Ini penting jika anda cuba untuk menguruskan badan.

Sementara itu, hampir semua orang yang hidup di dunia kini mengalami tekanan hidup yang tinggi yang mampu mengganggu kesihatan. Kunyit mengandungi sejenis adaptogen - bahan yang membantu menyokong badan anda terhadap tekanan dan meningkatkan kesihatan sistem imun.

Amalkan penggunaan kunyit demi kesihatan anda setiap hari kerana ia menyokong banyak fungsi - mata, kulit, tulang dan sendi, hati, penghadaman dan banyak lagi.



Fungsi Kunyit Hidup :
  1. Membantu proses penghadaman.
  2. Mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut.
  3. Membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Menghilangkan kesan lebam.
  6. Menguatkan pundi hempedu.
  7. Menyekat pembekuan darah yang bahaya
  8. Mengurangkan toksin hati.
  9. Membantu memetalismakan lemak.
  10. Membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri.
  11. Mengurangkan paras kolesterol darah.
  12. Membunuh sek kanser terutama kanser esofagus.
  13. Meransang sel dalam sistem imuniti.
  14. Antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka akibat lebam.
  15. Merawat arthritis ( sakit sendi).
  16. Merawat jaundis ( sakit kuning).
  17. Merawat asma ( lelah).
  18. Digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan.
  19. Mengecutkan rahim dan mencuci darah.
  20. Pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.



Sumber petikan daripada : 
http://infokanserpayudara.blogspot.com

Sihat Dengan Limau Purut



Khasiat Limau Purut


Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix , tanaman saka ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ;Kafir lime, bagi orang-orang Thailand mengenalinya sebagai Bai makrut, manakala orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut, kerana ia mempunyai rasa yang masam dan sedikit pahit. . Ianya juga merupakan sejenis buah-buahan dari family Rutaceae yang ditanam untuk pelbagai kegunaan dikalangan masyarakat kita.


Limau purut sama seperti limau nipis tetapi kulit buah limau purut lebih menggerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran pokok limau purut ini pula agak perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya pula boleh mencapai sehingga 30 meter. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung daun, ianya berbentuk seperti nombor lapan.
Daun limau purut banyak kegunaannya, ianya digunakan didalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain ia berkesan sebagai penggelak antikanser atau pencegah kanser, limau purut ini juga boleh digunakan untuk memcuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapy nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
Limau purut mempunyai khasiat istimewa, ia dapat melembutkan, melebat, merapi dan juga mengharumkan rambut. Juga dapat menghilangkan kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala selain meninggalkan bau wangi. LImau purut juga dikatakan dapat memneri kesegaran dan keyamanan dan juga meringankan masalah kulit seperti melegakan migraine sambil merangsang perjalanan darah.





Apakah khasiat Limau Purut? 

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.
 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.
 

• Sebagai wangian dalam aromatherapy. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.
 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.
 


Limau Purut baik untuk rambut 



Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.
 


Kesalahan dalam Penjagaan Rambut

• Jika membasuh rambut sekali atau dua kali seminggu. Dinasihatkan agar selang sehari rambut dicuci agar dapat menyandari dari cuaca serta pencemaran disekililing.

• Jika menyikat rambut ketika basah. Keadaan rambut jika basah sangat lemah dan akan mudah pecah atau putus.

• Jika mengelap rambut secara kasar ketika rambut basah dengan tuala akan terjadinya rambut gugur dan putus. Biarkan ianya kering dengan sendirinya.
 

• Jika mengikat rambut ketat-ketat akan menyebabkan rambut bercabang dan menghalang pertumbuhan rambut.

• Jika sering dikerintingkan atau diwarnakan akan menghancurkan lapisan protein, menjadikannya kering.

• Jika sinar matahari yang terlalu panas akan membuat rambut rosak dan kering. Sediakanlah payung atau topi lebar untuk melindungi rambut anda.







Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Hidup Sihat Dengan Ulam Pegaga



Khasiat Daun Pegaga


Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica / hydocotyle asiatica, yang juga dikenali dengan nama tapak kuda di Indonsia, dan di India memangilnya dengan pennywort,gotu kola. Ianya adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang subur, lembap dan juga mempunyai saliran yang baik, seperti di kebun, lading, tepi jalan, dan juga pada batas sawah. Ia membiak melalui pecahan anak. Di dalam masyarakat melayu pegaga sering di jadikan sebagai ulaman kerana daunnya yang wangi, manis dan juga mempunyai banyak khasiatnya.

Menurut satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 1949, mendapati bahawa pegaga dapat mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ianya mengandungi antibakteria. Penyelidikan seterusnya juga telah dijalankan pada tahun 1950-an juga mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis, serta menyubati kerengsaan kulit. Pegaga juga boleh dijadikan sebagai “makanan menjana kecerdasan otak”, herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan juga penumpuan fikiran.

Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.





Manfaat Pegaga :-

  • Merawat pembengkakan hati.
  • Mencegah demam panas dan demam campak.
  • Merawat sakit tekak, batuk kering.
  • Mencegah Asma, Brokitis, Pleuritis.
  • Merawat radang mata merah.
  • Mencegah keputihan.
  • Merawat tekanan darah tinggi.
  • Merawat sakit perut dan disentri.
  • Mencegah buasir.
  • Membantu system penghadaman.
  • Membantu merangsang otak –Menguatkan daya ingatan (Mencegah nyanyuk).
  • Antipenuaan.
  • Mencegah keracunan makanan.
  • Merawat bisul dan busung.
  • Merawat batuk darah dan muntah darah.
  • Mencegah infeksi saluran kencing ( kencing kotor).




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com