Monday, May 28, 2012

Hidup Sihat Dengan Ulam Pegaga



Khasiat Daun Pegaga


Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica / hydocotyle asiatica, yang juga dikenali dengan nama tapak kuda di Indonsia, dan di India memangilnya dengan pennywort,gotu kola. Ianya adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang subur, lembap dan juga mempunyai saliran yang baik, seperti di kebun, lading, tepi jalan, dan juga pada batas sawah. Ia membiak melalui pecahan anak. Di dalam masyarakat melayu pegaga sering di jadikan sebagai ulaman kerana daunnya yang wangi, manis dan juga mempunyai banyak khasiatnya.

Menurut satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 1949, mendapati bahawa pegaga dapat mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ianya mengandungi antibakteria. Penyelidikan seterusnya juga telah dijalankan pada tahun 1950-an juga mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis, serta menyubati kerengsaan kulit. Pegaga juga boleh dijadikan sebagai “makanan menjana kecerdasan otak”, herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan juga penumpuan fikiran.

Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.





Manfaat Pegaga :-

  • Merawat pembengkakan hati.
  • Mencegah demam panas dan demam campak.
  • Merawat sakit tekak, batuk kering.
  • Mencegah Asma, Brokitis, Pleuritis.
  • Merawat radang mata merah.
  • Mencegah keputihan.
  • Merawat tekanan darah tinggi.
  • Merawat sakit perut dan disentri.
  • Mencegah buasir.
  • Membantu system penghadaman.
  • Membantu merangsang otak –Menguatkan daya ingatan (Mencegah nyanyuk).
  • Antipenuaan.
  • Mencegah keracunan makanan.
  • Merawat bisul dan busung.
  • Merawat batuk darah dan muntah darah.
  • Mencegah infeksi saluran kencing ( kencing kotor).




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

No comments:

Post a Comment