Thursday, March 15, 2012

Khasiat dan Kebaikan Teh



 

Ramai orang yang gemarkannya. Tetapi saya tidak pasti berapa ramai orang yang tahu khasiatnya.  Teh diminum sebilang masa tidak kira pagi, petang mahupun malam.
Teh juga tebahagi kepada beberapa jenis iaitu teh biasa, teh buah, teh akar atau herba daripada pelbagai jenis tumbuhan. Untuk tujuan perubatan biasanya teh herba digunakan. Bagi sesetengah kaum cina, mereka beranggapan bahawa kesihatan dan teh yang diminum mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.  Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa teh yang diminum dapat memperbaiki aliran darah keseluruh tubuh serta memperbaiki daya pemikiran dan mental mereka.
Teh juga dapat mempercepatkan tindak balas pembuangan alkohol serta bahan-bahan lain yang membahayakan di dalam badan kita sepeti lemak dan nikotin. Ia juga memberikan badan kita satu antibodi yang dapat meningkat sistem ketahanan tubuh kita untuk melawan penyakit.
Metabolisme pada tubuh serta menambahkan kandungan oksigen adalah salah satu khasiat teh. Selain itu, kerosakan gigi juga dapat dielakkan dengan kerap meminum teh. Dan yang paling penting sekali teh dapat mengekalkan awet muda.
Khasiat-khasiat tambahan teh,
a) Dapat melindungi tubuh dari sinaran panas matahari
b) Cepat menghilangkan haus
c) Menghilangkan sengal-sengal pada sambungan tulang-tulang
d) Membantu dalam sistem penghadaman

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/02/khasiat-dan-kebaikan-teh/

Monday, March 12, 2012

Menu Permakanan Yang PERLU DIKURANGKAN!!


Apakah Pemakanan Yang Sesuai dan Terbaik Untuk Mencegah Penyakit Kanser Payudara?

Umum mengetahui bahawa 90% factor sesuatu penyakit itu berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan kurang tahap kualitinya. Kementerian Kesihatan serta Pakar Pemakanan telah meneliti beberapa punca serta mengenalpasti faktor utama yang disumbangkan oleh pemakanan yang tidak dijaga dengan betul dan menjadi penyebab kepada penyakit kanser payudara.

Statistik menunjukkan 35% penyakit  kanser  berpunca daripada pemakanan sehingga tahun 2001 dan sehingga tahun 2007 telah dikenalpasti punca daripada pemakanan telah menyumbang kepada 80%.

Selain faktor pemakanan, faktor merokok serta kurangnya aktiviti senaman turut menyumbang sekurang-kurangnya 30%.



Jenis pemakanan yang dinasihatkan PERLU DIKURANGKAN.....

-       Pengambilan lemak tepu yang berpunca daripada lemak haiwan dan minyak kelapa yang berlebihan seperti;
·         Keju / mentega
·         Susu
·         Makanan bergoreng dengan kuantiti minyak yang banyak
·         Telur
-       Pengambilan protien daripada haiwan
·         Daging
-      Pengambilan makanan kurang serabut yang tinggi

Jenis pemakanan yang dinasihatkan PERLU DILEBIHKAN.....

-       Memakan sayuran yang dimasak dengan kuantiti sekurang-kurangnya 30 -35% sehari
-      Memakan buah-buahan segar pada setiap waktu makanan dihidang
-      Mengurangkan kadar jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan pada kadar 15%
-      Mengambil makanan seperti bijirin dan kekacang pada kadar 20%

PENTING!!!!

Awasilah kadar serta tahap kesihatan seperti kandungan asid lemak, gula dan kolesterol didalam badan... Penyeliaan serta pengawasan yang konsisten dan terjaga mampu mengurangkan serta mengelak sel-sel  kanser  ini dari terus membiak dengan aktif......

Friday, March 2, 2012

Cara Kanser Membiak?

Cara barah membiak








Sel kanser berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel   kanser  menembus masuk ke dalam saluran darah.

Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel   
kanser  lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat  kanser  terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya

Asal Usul Buah Apricot Seeds



ASAL USUL BUAH APRIKOT

























Huraian:
Aprikot dipercayai berasal 
dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu.  Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.  Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.  Aprikot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka.  Aprikot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.  Aprikot termasuk dalam kelas subasid.  Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.  Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat.  Buah, biji, minyak dan bunga dari buah Aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.  Di China, ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu.  Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.  Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.  Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit, namun mineral itu dapat menjadikan zat besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh.  Masih banyak lagi khasiat lain dari buah Aprikot yang perlu semua orang ketahui. 


Kebanyakan orang mengambil Vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan.  Namun yang terbaik adalah mengambil Vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Apa itu kanser Lymphoma


Pengenalan Lymphoma












Lymphoma bukan Hodgkin (non-Hodgkin lymphomas-NHL) adalah pelbagai kumpulan kanser darah ("hematological malignancy") yang membabitkan sebarang jenis lymhoma kecuali lymphoma Hodgkin. Jenis NHL banyak berbeza dari segi tahap, dari pendam indolen kepada amat agresif.
Lymphoma merupakan jenis   kanser  yang terhasil dari limfosit,sejenis sel darah putih. Lymphoma biasanya dirawat dengan gabungan kimoterapi, antibodi monoklon, imunoterapi, terapi sinaran, dan pemindahan sel tunjang hematopoietik.
Lymphoma bukan Hodgkin dikelaskan menurut Pengungkapan Kerja 1982 yang mengakui 16 jenis. Pengungkapan Kerjakini dianggap lapuk, dan pengelasan biasanya digunakan bagi perbandingan statistik dengan dekat terdahulu. Pengungkapan Kerja telah diganti dua kali.
Pengelasan terkini, pengelasan 2008 Pertubuhan Kesihatan Sedunia ("World Health Organization-WHO"), kebanyakannya meninggalkan pengelasan"Hodgkin" vs. "Bukan-Hodgkin". Sebaliknya ia menyenaraikan lebih 70 bentuk limfoma berlainan dalam empat kumpulan besar

Thursday, March 1, 2012

Kapsul B17 Apricot Seeds





Vitamin B17 dalam bentuk Kapsul apricot Seeds adalah salah satu rawatan alternatif kanser yang paling popular dan paling dikenali terutama di Eropah , America dan kini kebaikan B17 telah meluas di negara-negara Asia.

Ia sangat mudah untuk digunakan dan sangat berkesan jika digunakan dalam dos yang cukup tinggi dan jika produk berkualiti tinggi dan jika ia digabungkan dengan pemakanan kanser yang berkesan dan makanan tambahan utama (dalam erti kata lain, anda perlu melakukan kerja rumah anda untuk memaksimumkan faedahnya).



Vitamin B17 berfungsi dengan mensasarkan dan membunuh sel-sel  kanser  dan membina sistem imun untuk menangkis wabak apa bila berdepan dengan sel  kanser  Ia menggunakan dua kaedah yang berlainan untuk membunuh sel-sel  kanser  . 



Terapi metabolik B17 melibatkan diet yang ketat (sesuai untuk semua rawatan  kanser  ) dan tambahan beberapa pemakanan yang sihat yang lain.
Kapsul aprikot merupakan sebuah alternatif begi pengidap penyakit maut ini. Biji aprikot yang digunakan dalam kapsul ini merupakan  Biji aprikot  khusus yang digunakan untuk merawat  kanser  .



Biji aprikot yang digunakan telah melalui proses Nyah-aflantoksin ( sterile ) selama 30 min tanpa menjejaskan khasiat yang ada didalam  Biji aprikot  ini.

Siapa perlukan B17 Apricot  Seeds?

  • 1.Sangat sesuai bagi pesakit yang telah menjalani kimoterapi
  • 2. Pesakit  kanser  kronik dan biasa.
  • 3. Pesakit  kanser  yang tidak berupaya memakan biji Apricot kerana pahit.
  • 4. Pesakit  kanser  yang sudah tua.
  • 5. Orang awam yang cintakan kesihatan dan ingin memelihara kesihatan dari di hidapi  kanser  .
*** Kapsul apricot Seeds sangat sesuai untuk pesakit  kanser  kerana ia tidak menggangu nafsu/selera makan pesakit  kanser  .

*** JANGAN PANDANG REMEH ! Selera makan sangat penting kepada pesakit  kanser  kerana ramai yang menderita dan jadi lebih lemah kerana tiada selera makan. Maka, pengambilan kapsul amat-amat membantu!!!







Apa fungsi Kapsul B17?


1. Mengurangkan kerosakan organ akibat kanser 

2. Memperbaiki Kerosakan sel akibat chemotherapy.

3. Mengurangkan kesakitan akibat  kanser  .

4. Menambah tenaga

5. Menambah jumlah oksigen dalam darah

6. Mengekalkan paras Alkali dalam badan

7. Membunuh sel  kanser  .

8. Mengecutkan bengkak akibat sel  kanser  .

Produk Kualiti Antarabangsa. Harga Normal :
300pcs RM198 (66 sen)
150pcs RM128 (78sen)
120pcs RM108 (90sen)
60pcs RM58 

(96sen)

*harga telah termasuk penghantaran RM10

Inginkan special offer? Call/SMS kami segera !!!





Keterangan lanjut & order produk-produk B17 dgn harga istimewa :
Hubungi Hjh Noorliah 016-733 7380
Email : MakanSutraTraders@gmail.com





Sumber Permakan Vitamin B17






Sumber Makanan Vitamin B17
B17 adalah yang paling sering diambil sebagai tambahan atau dari produk tambahan.
 Walau bagaimanapun, B17 boleh didapati dalam pelbagai makanan termasuk: 
 


kekacang seperti badam pahit, gajus dan kacang makadamia


Beet root
Alfafa
Watercress
Keladi dan keledek
kacang buah pinggang, kacang lima, garbanzo kacang, kacang hijau dan kacang polong bermata hitam
Bayam & Sawi
   
Brokoli
Semua jenis berries seperti blackberry , boysenberry, kranberi, elderberry, gooseberry, seperti buah raspberry, mulberi, loganberry
Sumber kekacang
Ubi - ubi
Jenis-jenis sprouts dari bijirin atau kekacang
seeds/biji-biji dari buahan seperti dari buah epal , aprikot, cherry, biji flaks, biji bijirin, biji dari nectarine, pic, plum, pir, biji buah prune dan pelbagai lagi


                                                      
                                                    
                                                         









Makan Yogurt Mampu Atasi Tekanan (Stres) dan Khasiat Lain Yogurt





BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.
EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.-Sumber KOSMO-
Pada kebiasaan yang kita dengar, makan coklat juga mampu untuk mengatasi masalah stres. Namun mungkin boleh menjadikan anda lebih cepat gemuk jika makan secara berlebihan.
Mungkin lepas ini boleh cuba untuk beralih kepada Yogurt.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
Fakta : Kandungan kolestrol yang tinggi tidak semestinya hanya kepada individu yang mengalami masalah lebihan berat badan (Obesiti) tetapi orang kurus juga boleh mengalami masalah yang sama.

 Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/09/makan-yogurt-mampu-atasi-tekanan-stres-dan-khasiat-lain-yogurt/






8 Pembunuh Ereksi Lelaki






1. Tekanan Perasaan
Minda selalu menjadi zon erogenous yang dilepas pandang. Keseronokan seksual bermula dari minda barulah ke bawah. Tekanan perasaan boleh menekan keinginan anda dan boleh membawa kepada disfungsi erektil. Secara ironiknya, banyak juga ubat-ubat digunakan untuk merawat tekanan perasaan mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan keinginan seks anda berkurangan dan sukar untuk mendapat ereksi.
2. Minuman Alkohol
Minuman alkohol secara berterusan mampu mengganggu proses ereksi anda walaupun kesannya hanya sementara.
3. Ubat-ubatan
Beberapa ubat yang biasa digunakan boleh menyebabkan disfungsi erektil. Antaranya adalah ubat darah tinggi, ubat tahan sakit, dan juga anti-depresan. Ubat jalanan seperti amphetamins, kokain dan marijuana juga memberikan masalah seksual.
4. Stres
Ia bukanlah mudah untuk mencapai mood seksual sekiranya anda dibebankan dengan pelbagai kerja dan masalah. Stres boleh melibatkan pelbagai sistem badan termasuklah penis anda. Lakukan perubahan dalam hidup anda dengan sentiasa bersenam, mengamalkan teknik relaksasi, cukup tidur dan berjumpa dengan pakar jika perlu.
5. Marah
Kemarahan menyebabkan aliran darah berkumpul di muka anda tetapi tidak ditempat yang anda perlukan untuk seks. Tambahan, bukannya mudah untuk romantik dalam keadaan anda marah. Walaupun anda memendam kemarahan anda ia juga tidak membantu di dalam aktiviti seksual rumah tangga seharian.
6. Gelisah, bimbang dan risau.
Bimbang tidak dapat melakukan aksi terbaik ketika di ranjang sahaja sudah cukup membunuh ereksi anda. Perasaan risau itu hanya membuatkan anda merasa takut dan mula mengelakkan hubungan intim dengan pasangan. Ia tidak hanya melibatkan aktiviti seksual tetapi ia juga boleh mengganggu perhubungan dengan pasangan anda.
7. Obesiti
Obes juga boleh memberi impak terhadap prestasi seksual anda. Bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri, ia juga kurang menghasilkan hormon testosteron, hormon seks anda. Obesiti juga boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang lain di mana, arteri yang disalurkan ke penis anda mengeras menyebabkan kurangnya aliran darah ke penis untuk mencapai ereksi.

8. Penyakit
Banyak keadaan penyakit yang memberi kesan kepada otot penis, saraf, aliran darah yang diperlukan untuk mencapai ereksi.
Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Ereksi
Mungkin anda segan untuk berjumpa dengan doktor menceritakan perihal kehidupan seksual anda. Tetapi ia adalah cara terbaik untuk merawat masalah tersebut untuk mencapai keintiman dengan pasangan anda. Doktor anda boleh mengenalpasti apakah punca-punca masalah ereksi dan memberikan solusi kepada anda seperti berhenti merokok, minum alkohol dan juga mengurangkan berat badan. Rawatan lain juga dapat diberikan seperti -ubat-ubatan, rawatan hormon dan juga kaunseling.

 Sumber petikan daripada : http://psipum.org/8-pembunuh-ereksi-lelaki/