Ramai orang yang gemarkannya. Tetapi saya tidak pasti berapa ramai orang yang tahu khasiatnya. Teh diminum sebilang masa tidak kira pagi, petang mahupun malam.
Teh juga tebahagi kepada beberapa jenis iaitu teh biasa, teh buah, teh akar atau herba daripada pelbagai jenis tumbuhan. Untuk tujuan perubatan biasanya teh herba digunakan. Bagi sesetengah kaum cina, mereka beranggapan bahawa kesihatan dan teh yang diminum mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat. Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa teh yang diminum dapat memperbaiki aliran darah keseluruh tubuh serta memperbaiki daya pemikiran dan mental mereka.
Teh juga dapat mempercepatkan tindak balas pembuangan alkohol serta bahan-bahan lain yang membahayakan di dalam badan kita sepeti lemak dan nikotin. Ia juga memberikan badan kita satu antibodi yang dapat meningkat sistem ketahanan tubuh kita untuk melawan penyakit.
Metabolisme pada tubuh serta menambahkan kandungan oksigen adalah salah satu khasiat teh. Selain itu, kerosakan gigi juga dapat dielakkan dengan kerap meminum teh. Dan yang paling penting sekali teh dapat mengekalkan awet muda.
Khasiat-khasiat tambahan teh,
a) Dapat melindungi tubuh dari sinaran panas matahari
b) Cepat menghilangkan haus
c) Menghilangkan sengal-sengal pada sambungan tulang-tulang
d) Membantu dalam sistem penghadaman
Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/02/khasiat-dan-kebaikan-teh/
No comments:
Post a Comment