Tuesday, January 31, 2012

Siapa Yang Mengidapi Kanser?



Pengidap Kanser


 






Kanak-kanak juga boleh menghidapi kanser, iaitu lazimnya   kanser lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami   kanser paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi   kanser payudara, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.













tanda-tanda menghidapi penyakit kanser



Tujuh tanda-tanda kanser


  •  Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
  •  Kudis yang tidak boleh sembuh
  •  Perdarahan atau lendir yang luar biasa
  •  Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
  •  Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
  •  Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
  •  Batuk yang sentiasa ada atau serak suara






Klasifikasi



Klasifikasi lymphoma

Beberapa pelbagai sistem pengelasan wujud untuk Lymphoma. Sebagai alternatif kepada klasifikasi Amerika Lukes-Butler, pada awal tahun 1970-an, Karl Lennert Kiel , Jerman, mencadangkan sistem baru mengklasifikasikan limfoma berdasarkan morfologi sel dan hubungan mereka kepada sel-sel sistem limfoid persisian biasa. 
Beberapa bentuk lymphoma dikategorikan sebagai Limfoma Limfosit Kecil (contohnya malas ), serasi dengan kehidupan yang panjang walaupun tanpa rawatan, manakala lain-lain bentuk yang agresif (contohnya Lymphoma Burkitt), menyebabkan kemerosotan pesat dan kematian. Walau bagaimanapun, kebanyakan limfoma agresif memberi respon yang baik kepada rawatan dan boleh diubati. Oleh itu , The prognosis bergantung kepada diagnosis yang betul dan klasifikasi penyakit, yang ditubuhkan selepas peperiksaan sesuatu biopsi oleh pakar patologi ( biasanya satu hematopathologist )

Apakah jenis-jenis Lymphoma?



Apakah jenis-jenis Lymphoma? 


Lymphoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel 
kanser (malignant). Ianya dikenali sebagai  


            • Hodgkin's Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan  
            • non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Gabungan kedua-dua   kanser  ini 
menjadikannya penyakit   kanser  ke 3 di kalangan kanak-kanak. 


Hodgkin's Lymphoma,  


Ia dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang pelajar dan Pakar 
Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut pada tahun 1832. 
Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Ia jarang 
berlaku pada kanak-kanak kurang dari 5 tahun. Lymphoma jenis ini 
didefinisikan dengan kehadiran sel   kanser  yang spesifik, yang dipanggil sel 
Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat. 


Non-Hodgkin's Lymphoma.  


Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non 
Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat 
remaja. Dalam non-Hodgkin's Lymphoma terdapat peningkatan jenis 
lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di 
kelenjar limfa). Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti  kanser 
darah Leukemia ( ALL), kadangkala  menyukarkan untuk mengenal pasti 
antara Lymphoma dan Leukemia di kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma tidak melibatkan sum-sum tulang atau 
melibatkan sedikit sahaja, walhal  pesakit Leukemia melibatkan sum-sum 
tulang secara menyeluruh. 


Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ia melibatkan 
bahagian badan yang berlainan, merebak secara yang berlainan juga 
bertindak terhadap rawatan secara berlainan. 


Seterusnya Hodgkin's dan non-Hodgkin's Lymphoma dibahagikan kepada 
jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang 
terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah 
mikroskop dan cara pembesarannya. Dari jenis berlainan kadangkala 
membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan. 

Adakah peluang untuk sembuh?



Adakah peluang untuk sembuh?


Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sama ada penyakit Hodgkin
atau NHL boleh sembuh, bererti mereka bebas dari kanser selama lebih dari
5 tahun.


Lebih kurang 90% kanak-kanak yang mengalami penyakit Hodgkin akan
sembuh sepenuhnya (di mana tiada lagi sel   kanser  di dalam badan) setelah
menjalani kemoterapi. Penyembuhan  dalam masa yang panjang (bebas
dari penyakit selama 5 tahun atau lebih) dapat dicapai pada semua pesakit
tahap satu atau tahap 2, dan sehingga 90% pada pesakit tahap 3, dan lebih
dari 60% bagi mereka yang tahap 4.


Kanak-kanak yang mengalami NHL, 90% berada dalam keadaan selamat
setelah 5 tahun bagi mereka yang berada dalam tahap 1 atau 2 semasa
pengesahan penyakit (diagnosis), dan hampir 70% bagi mereka yang
mengalami tahap 3 atau 4.


Walaupun kebanyakan kanak-kanak bertindak balas dengan baik terhadap
rawatan, tetapi sebahagian dari mereka mengalami penyakit yang berulang
kanser    berulang) disebabkan oleh berlakunya tindak balas pada
'conventaional chemotherapy'. Bagi kanak-kanak ini, dos ubatan
kemoterapi yang tinggi diikuti dengan pemindahan sum-sum tulang atau
pemindahan sel stem.

Bagaimana untuk merawat Lymphoma?



Bagaimana untuk merawat Lymphoma? 


Rawatan untuk Lymphoma di kalangan kanak-kanak bergantung kepada
tahap kanser tersebut. Menentukan tahap   kanser  adalah cara untuk
mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap
keterukan penyakit tersebut semasa di diagnosis (diagnosis).


Terdapat 4 tahap Lymphoma, bermula dari tahap 1 (  kanser  Cuma
melibatkan 1 bahagian nodus limfa atau  satu organ di luar nodus limfa)
hingga tahap 4 (  kanser  yang telah merebak, hingga ke satu atau lebih tisu
atau organ di luar sistem limfatik). Tahap pengesahan dapat membantu


Pakar Perubatan dalam menentukan rawatan dan juga menjangka
bagaimana seseorang pesakit Lymphoma akan bertahan dalam jangka
masa panjang.


Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel   kanser  )
adalah rawatan utama yang di gunakan. Ianya rawatan yang sangat
penting untuk penyakit non-Hodgkin s Lymphoma. Ini biasanya melibatkan
penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang
mengambil masa beberapa bulan.


Hodgkin's Lymphoma di kalangan kanak-kanak dirawat dengan
kemoterapi.  Kadangkala Radioterapi (penggunaan cahaya yang berkuasa
tinggi untuk mengecutkan tumor/  kanser  dan menyekat sel   kanser  daripada
merebak) yang hanya digunakan dalam situasi tertentu.

Bagaimana untuk mengesahkan Lymphoma?



 Bagaimana untuk mengesahkan Lymphoma?

Doktor akan bertanya apa yang  membimbangkan dan tanda-tanda yang 
ditunjukkan oleh anak anda, sejarah kesihatan yang lalu, sejarah kesihatan 
ahli keluarga, ubat yang diambil oleh anak anda, sebarang alahan, atau 
isu-isu lain yang dipanggil sejarah perubatan lalu. Doktor akan melakukan 
pemeriksaan fizikal untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma. Kadangkala, apabila kanak-kanak dikesan mempunyai nodus limfa yang 

membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara 
teliti untuk mengetahui sama ada ianya terus membesar. Doktor juga akan 
memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh 
jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar atau jika doktor 
mengesyaki ia Lymphoma langkah seterusnya adalah melakukan biopsi. Ini 
akan melibatkan pengambilan sedikit  tisu atau kadangkala keseluruhan 
nodus limfa tersebut. 

Bergantung pada tempat di mana sampel tisu akan diambil, biopsi mungkin 
menggunakan jarum halus (dipanggil  jarum sedutan) atau pembedahan 
kecil dilakukan di bawah pembiusan setempat (kulit di sekeliling tempat 
biopsi akan dibius). Kadangkala biopsi mungkin perlu dilakukan dengan 
melakukan pembedahan besar di bawah  bius am. Keadaan ini dilakukan 
dalam kes biopsi pembuangan di mana keseluruhan nodus limfa yang 
besar atau nodus limfa yang berkaitan dibuang. 

Tisu ini akan diperiksa oleh Pakar Patologi untuk menentukan jenis limfoma 
yang spesifik. Selain dari ujian asas makmal, ujian yang lebih canggih juga 
dilakukan termasuk kajian genetik untuk menentukan jenis-jenis spesifik 
Lymphoma itu. 
                - Anak anda juga perlu menjalani kajian imbasan seperti X-ray dada, CT scan, 
                - MRI, gallium scan untuk melihat gambaran di dalam tubuh. 
                  Setelah penyakit disahkan, doktor mungkin juga akan menjalankan 
                  ujian yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah 
                  merebak ke kawasan lain.Ini dapat 
               - membantu mengesan tahap  kanser  tersebut di mana ianya sangat 
                 penting untuk merancang perawatan. Ujian ujian sampingan 

termasuk: 

              - Pengiraan darah secara menyeluruh 
              - Kimia darah, termasuk ujian hati dan fungsi buah pinggang 
              - Aspirasi/sedutan atau biopsi sum-sum tulang untuk melihat sekiranya 
   Lymphoma telah merebak ke sum-sum tulang 

Pengambilan cecair dari saraf tunjang untuk mengesan sama ada kanser  
telah merebak ke sistem ini. Ia cuma dilakukan dalam kes non Hodgkin's 
Lymphoma sahaja.