Tuesday, January 31, 2012

Bagaimana untuk merawat Lymphoma?



Bagaimana untuk merawat Lymphoma? 


Rawatan untuk Lymphoma di kalangan kanak-kanak bergantung kepada
tahap kanser tersebut. Menentukan tahap   kanser  adalah cara untuk
mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap
keterukan penyakit tersebut semasa di diagnosis (diagnosis).


Terdapat 4 tahap Lymphoma, bermula dari tahap 1 (  kanser  Cuma
melibatkan 1 bahagian nodus limfa atau  satu organ di luar nodus limfa)
hingga tahap 4 (  kanser  yang telah merebak, hingga ke satu atau lebih tisu
atau organ di luar sistem limfatik). Tahap pengesahan dapat membantu


Pakar Perubatan dalam menentukan rawatan dan juga menjangka
bagaimana seseorang pesakit Lymphoma akan bertahan dalam jangka
masa panjang.


Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel   kanser  )
adalah rawatan utama yang di gunakan. Ianya rawatan yang sangat
penting untuk penyakit non-Hodgkin s Lymphoma. Ini biasanya melibatkan
penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang
mengambil masa beberapa bulan.


Hodgkin's Lymphoma di kalangan kanak-kanak dirawat dengan
kemoterapi.  Kadangkala Radioterapi (penggunaan cahaya yang berkuasa
tinggi untuk mengecutkan tumor/  kanser  dan menyekat sel   kanser  daripada
merebak) yang hanya digunakan dalam situasi tertentu.

No comments:

Post a Comment