Tuesday, January 31, 2012

Asal-usul Kanser?






Sel Kanser

Sel Kanser bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan   
Kanser  . Proses perubahan dari sel normal menjadi sel   Kanser  berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.

Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah   
Kanser  terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti   Kanser  pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

No comments:

Post a Comment