Tuesday, January 31, 2012
Adakah peluang untuk sembuh?
Adakah peluang untuk sembuh?
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sama ada penyakit Hodgkin
atau NHL boleh sembuh, bererti mereka bebas dari kanser selama lebih dari
5 tahun.
Lebih kurang 90% kanak-kanak yang mengalami penyakit Hodgkin akan
sembuh sepenuhnya (di mana tiada lagi sel kanser di dalam badan) setelah
menjalani kemoterapi. Penyembuhan dalam masa yang panjang (bebas
dari penyakit selama 5 tahun atau lebih) dapat dicapai pada semua pesakit
tahap satu atau tahap 2, dan sehingga 90% pada pesakit tahap 3, dan lebih
dari 60% bagi mereka yang tahap 4.
Kanak-kanak yang mengalami NHL, 90% berada dalam keadaan selamat
setelah 5 tahun bagi mereka yang berada dalam tahap 1 atau 2 semasa
pengesahan penyakit (diagnosis), dan hampir 70% bagi mereka yang
mengalami tahap 3 atau 4.
Walaupun kebanyakan kanak-kanak bertindak balas dengan baik terhadap
rawatan, tetapi sebahagian dari mereka mengalami penyakit yang berulang
( kanser berulang) disebabkan oleh berlakunya tindak balas pada
'conventaional chemotherapy'. Bagi kanak-kanak ini, dos ubatan
kemoterapi yang tinggi diikuti dengan pemindahan sum-sum tulang atau
pemindahan sel stem.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment