Tuesday, January 31, 2012

Ketumbuhan?





Ketumbuhan


Tidak semua ketumbuhan itu kanser, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel  kanser yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya

Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan

No comments:

Post a Comment