Bagaimana untuk mengesahkan Lymphoma?
Doktor akan bertanya apa yang membimbangkan dan tanda-tanda yang
ditunjukkan oleh anak anda, sejarah kesihatan yang lalu, sejarah kesihatan
ahli keluarga, ubat yang diambil oleh anak anda, sebarang alahan, atau
isu-isu lain yang dipanggil sejarah perubatan lalu. Doktor akan melakukan
pemeriksaan fizikal untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma. Kadangkala, apabila kanak-kanak dikesan mempunyai nodus limfa yang
membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara
teliti untuk mengetahui sama ada ianya terus membesar. Doktor juga akan
memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh
jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar atau jika doktor
mengesyaki ia Lymphoma langkah seterusnya adalah melakukan biopsi. Ini
akan melibatkan pengambilan sedikit tisu atau kadangkala keseluruhan
nodus limfa tersebut.
Bergantung pada tempat di mana sampel tisu akan diambil, biopsi mungkin
menggunakan jarum halus (dipanggil jarum sedutan) atau pembedahan
kecil dilakukan di bawah pembiusan setempat (kulit di sekeliling tempat
biopsi akan dibius). Kadangkala biopsi mungkin perlu dilakukan dengan
melakukan pembedahan besar di bawah bius am. Keadaan ini dilakukan
dalam kes biopsi pembuangan di mana keseluruhan nodus limfa yang
besar atau nodus limfa yang berkaitan dibuang.
Tisu ini akan diperiksa oleh Pakar Patologi untuk menentukan jenis limfoma
yang spesifik. Selain dari ujian asas makmal, ujian yang lebih canggih juga
dilakukan termasuk kajian genetik untuk menentukan jenis-jenis spesifik
Lymphoma itu.
- Anak anda juga perlu menjalani kajian imbasan seperti X-ray dada, CT scan,
- MRI, gallium scan untuk melihat gambaran di dalam tubuh.
Setelah penyakit disahkan, doktor mungkin juga akan menjalankan
ujian yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah
merebak ke kawasan lain.Ini dapat
- membantu mengesan tahap
kanser tersebut di mana ianya sangat
penting untuk merancang perawatan. Ujian ujian sampingan
termasuk:
- Pengiraan darah secara menyeluruh
- Kimia darah, termasuk ujian hati dan fungsi buah pinggang
- Aspirasi/sedutan atau biopsi sum-sum tulang untuk melihat sekiranya
Lymphoma telah merebak ke sum-sum tulang
Pengambilan cecair dari saraf tunjang untuk mengesan sama ada kanser
telah merebak ke sistem ini. Ia cuma dilakukan dalam kes non Hodgkin's
Lymphoma sahaja.
No comments:
Post a Comment