Tuesday, January 31, 2012

Mengapakah Kanser Boleh Terjadi?

Terjadinya Sel Kanser

 



Sebab terjadinya  kanser   tidak diketahui, tetapi  kanser  didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit   kanser   adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa   kanser   , sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan   kanser   .

Ada juga  
 kanser   yang diwarisi seperti   kanser   mata (retina).   kanser   payudara juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.

Kebanyakan  
 kanser   dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan   kanser   . Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan   kanser    .

No comments:

Post a Comment