Tuesday, January 31, 2012

Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan kanak-kanak?


Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan kanak-kanak? 

Punca sebenar Lymphoma di kalangan kanak- kanak tidak diketahui. 
Walau bagaimanapun terdapat beberapa  faktor yang boleh menyumbang 
kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak 
yang mendapat kanser ini tidak diketahui faktor risikonya. 
Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin s Lymphoma jika 
mereka mempunyai salah satu seperti di bawah:


             • Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti 
             • Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung 
                kepada ubatan yang melemahkan sistem imuniti 
             • Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV) 
             • Mereka pernah terdedah pada radiasi seperti kejadian kemalangan 
                Reaktor Nuklear 
             • Mereka pernah mendapat penyakit   kanser    yang lain di masa silam 

dan telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi 
Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat 
mengawal faktor yang menyebabkan  Lymphoma terjadi. Kebanyakan 
Lymphoma terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisi di dalam gen 
semasa pembentukan sel 
darah.  


Pemeriksaan secara berkala di kalangan kanak-kanak kadangkala boleh 
mengesan simptom awal Lymphoma di  dalam kes yang jarang di mana 
kanser ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang diwarisi, jangkitan HIV, 
kesan daripada rawatan   kanser  atau rawatan pengubatan immuno 
suppressive untuk pemindahan organ 

No comments:

Post a Comment